Thursday 23 August 2012

Tips Membeli di Lelong dan Mudah

1

Semua sudah sedia maklum, barang-barang sekarang lebih mudah didapati di internet berbanding dikedai biasa, kadang-kadang barang tersebut sukar didapati di tempat sendiri. Di Malaysia sendiri sudah pun terdapat tapak khas bagi jualan online, dan laman yang cukup dikenali ramai adalah Lelong.com.my dan Mudah.my.

Namun begitu, membeli secara dalam talian juga mempunyai risikonya yang tersendiri. Tidak lain tidak bukan, ianya adalah DITIPU. Tapi mengetahui tips itu lebih baik.

Lelong

1) Semak kualiti barang.
 Barang jualan didalam lelong selalunya adalah barang dari China dan risiko untuk ditipu dari segi kualiti barang tersebut amat tinggi. Namun begitu, kebanyakan penjual sudahpun meletakkan info selengkapnya. Contohnya: 'MADE IN CHINA','LOOK ALIKE ITEM' dsb. Jadi, dalam hal ini, anda sendiri perlu alert.

2) Semak status si penjual.
Pertama sekali anda perlu lihat pada status penjual adakah si penjual adalah Verified Member atau tidak. Apa yang membezakan Verified Member dengan Non-verified Member adalah statusnya berdaftar dengan organisasi Lelong, dimana untuk mendapatkan status ini si penjual perlu membayar sejumlah tunai dan maklumat penjual disimpan selengkapnya oleh Lelong. Selain itu, anda juga boleh menyemak Feedback di profile penjual itu:

Ini adalah contoh dari profile penjual. Saya sendiri pun yakin untuk membuat pembelian dengan Feedback seperti ini.

3) Tips membuat bidaan.
Satu fungsi utama didalam leleong adalah fungsi bidaan dimana ia membolehkan pembeli mendapatkan barangan mengikut budget mereka. Kebaikan utama, selalunya barang akan jadi jauh lebih murah dari harga asal. Namun harus diingat, membuat bidaan biarlah berpada-pada mengikut budget yang anda mampu. Anda menang tapi anda tidak jadi membeli?. Anda boleh sahaja 'PM' secara terus penjual untuk membatalkan 'auction' tersebut. Mungkin ada diantara pembeli akan terkejut dengan harga yang dimenanginya, mungkin  beberapa ratus lagi murah dari biasa. Jangan risau, kebanyakan barangan bidaan ini adalah barang dari China, penjual itu sendiri pon mendapatkan harga jauh lagi murah.

4) Lagi.
Juga, rajin-rajinkan diri untuk baca testimoni-testimoni dari para pembeli. Tak salah spend sikit masa supaya lagi yakin. Jika kedai tersebut membenarkan COD ( Cash on Delivery ) lagi elok, bagi melihat barang tu depan-depan dan check jika ada apa-apa kerosakan selain mengurangkan kos penghantaran..

Mudah


Guna platform Mudah lagi mudah dari Lelong kerana mostly pembelian boleh direct ke phone penjual. Mudah memang mudah tapi risiko lagi besar dari Lelong kerana fungsi verified itu memberi kelebihan kepada Lelong. Tapi itu bukanlah masalah besar, terdapat beberapa tips yang boleh anda aplikasikan.

1) Harga murah (berbeza dari pasaran) dan deposit dahulu.
 Jangan mudah percaya dengan harga barangan yang terlalu murah melampau. Buat dahulu kajian harga pasaran berapa dan sebaiknya anda cuba kol penjual tersebut dengan menunjukkan minat terhadap barang tersebut dan cuba lihat reaksi si penjual. Kalau si penjual cakap “ barang ni last stok ni, kalau encik nak encik kenalah bank in duit cepat-cepat untuk booking dahulu”. Penjual macam ni biasanya orang yang terdesak nak pakai duit. Mungkin dia seorang yang jujur dan mungkin dia tidak. Jadi kebarangkalian 50%-50%. Jadi, jangan terus bankin duit tersebut dan merasakan rugi kalau barang ni terlepas. Sebaiknya kalau lokasi alamat adalah berdekatan dengan anda, lebih baik anda pergi melihat dahulu barang tersebut atau suruh kawan yang berdekatan siasat.

2) Check kualiti barang.
Sesetengah barang adalah produk replika, contohnya jam tangan yang 99% sebijik sama macam ori. Dan harga tentulah mahal. Saya sarankan, lebih baik pergi kedai. Lagi selamat

3) Tengok info barangan.
Ada sesetengah barangan, maklumat yang terlalu nampak tipunya dan melebih-lebih. Dan dalam Mudah, anda perlu  faham dalam psycholgy. Antaranya,
  1) Offer yang diberikan terlalu bagus.
  2) Pihak penjual terlalu memaksa anda membuat pembayaran.
  3) Mereka meminta nombor bank.
  4) Minta resit asal pembelian barang tersebut/ wanrranty barang tersebut yang komfirm2 mereka akan simpan.

4) Skype !
Jika anda betul-betul mahukan barang tersebut, tidak salah untuk meminta penjual Skype secara live video dengan anda bagi menunjukkan si penjual betul memiliki barang tersebut. Dan jika barang tersebut terlalu mahal, lebih baik anda dapatkan sendiri di pasaran.

Saya sendiri pon sudah banyak membuat pembelian diinternet,dan barang paling mahal adalah phone Vivaz pada ketika itu RM 800, phone tu masih dengan saya sampai sekarang.. alhamdulillah setakat ni, tidak ada apa-apa masalah. Dan itu adalah beberapa tips yang saya highlightkan dan boleh anda ikuti. :)

1 comments:

Anonymous said...

salam.nak tanya, macamane cara nak beli di lelong?

let say, berkenan satu barang, add to chart dan kemudian?

Post a Comment

 
Design by ThemeShift | Bloggerized by Lasantha - Free Blogger Templates | Best Web Hosting