Friday 17 August 2012

Masalah pada Samsung Galaxy S3

0



Admin tertarik dengan beberapa pos yang bertanya tentang Samsung Galaxy S3. Jadi di sini saya nak berkongsi sedikit info. Sebab ada kawan admin yang dah pakai Samsung S3 dan menghadapi sedikit masalah. 

Samsung telah memperkenalkan produk terbaru mereka iaitu telefon pintar Samsung Galaxy S3. Samsung Galaxy S3 boleh dianggap sebagai salah satu telefon pintar yang hangat di pasaran pada masa sekarang. Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa kelemahan pada Samsung Galaxy S3. Samsung telah menangani beberapa kelemahan, tapi masih juga berlaku.

Berikut adalah beberapa isu-isu ini:

Kepanasan Melampau

Kepanasan melampau adalah masalah yang biasa dilaporkan. Hal ini berlaku disebabkan casis yang nipis dan penutup belakang plastik yang tidak menebat haba daripada bateri.

Isu Bateri

Masalah yang sering dihadapi pengguna Samsung Galaxy S3 adalah penggunaan bateri. Terdapat pengguna yang mengadu bahawa telefon pintar  Samsung Galaxy S3  menggunakan berlebihan bateri apabila ia berada dalam "mod siap sedia". Terdapat juga pengguna yang mengadu tentang telefon pintar tidak dapat dicas apabila dimasukkan ke dalam soket.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by ThemeShift | Bloggerized by Lasantha - Free Blogger Templates | Best Web Hosting