Thursday 14 March 2013

Sentuhan Blackberry Z10

1


BB Z10 menampilkan beberapa penambahbaikan berbanding generasi sebelumnya, sistem operasi BlackBerry 10 yang dibangunkan bersama pemproses dual core 1.5 giga hertz, turut menawarkan operasi lebih lancar dan pantas untuk melayari laman web dan pelbagai aplikasi lain.

Selain itu, Z10 turut menawarkan pengalaman pengkomputeran mudah alih baharu yang unik dengan kira-kira 17,000 aplikasi termasuk lebih daripada 100 aplikasi yang boleh dicapai pengguna menerusi Blackberry Hub.

Menurut Pengarah Negara Blackberry bagi Malaysia, Annamalai Muthu, model terbaharu tersebut merupakan satu lagi platform teguh dan boleh dipercayai di samping permukaan skrin yang lebih responsif dengan sentuhan. Beliau berkata , kriteria lain yang ditawarkan oleh model terkini itu adalah panggilan video dan sistem taip maju."Rekaan Z10 mengikut cita rasa pengguna masa kini selain mampu memenuhi keperluan pengguna melalui isyarat berpangkalan antara muka yang unik.

"Fungsinya yang lebih sistematik memberikan pengguna mengakses pelbagai aplikasi dalam satu masa seperti memuat turun permainan video, muzik, buku, majalah dan banyak lagi," katanya ketika ditemui pada majlis memperkenalkan Blackberry Z10 di ibu negara baru-baru ini.

Selain pengenalan kepada beberapa aplikasi baru, rangkaian telefon bimbit pintar Blackberry yang terkenal dengan BBM chatting turut dipertingkatkan dengan perbualan BBM video yang membolehkan pengguna berbual sambil mempaparkan rakan komunikasi menerusi aplikasi Screen Share.

Aplikasi terbaru itu juga membolehkan mereka berkongsi gambar, video, pandangan kamera pemanggil serta apa sahaja video yang dirakam secara serta-merta. Skrin paparan bersaiz 4.2 inci berdefinisi penuh memberikan paparan lebih besar selain penggunaan kamera beresolusi 8 mega pikselnya memperlihatkan komitmen BlackBerry untuk bersaing dengan jenama telefon pintar yang sedia ada di pasaran.

Sementara itu, penggunaan fungsi papan kekunci QWERTY yang canggih memudahkan pengguna menaip data, maklumat mahupun pesanan ringkas dengan pantas. BlackBerry Z10 boleh didapati di pengedar sah seperti Maxis bermula 9 Mac dengan program pra pendaftaran mulai 21 Februari lalu dan bagi Celcom dan DiGi hanya akan mula berada di pasaran pada 8 April.

Ditawarkan dalam dua warna iaitu hitam dan putih, Z10 mula dijual pada harga RM2,188 dan kepada pengguna yang mahukan maklumat tambahan boleh layari laman web http://www.blackberry.com.my/smartphones/blackberry-z10.html.


1 comments:

Anonymous said...

Sentuhan Blackberry Z10 ~ Inspiring Technology >>>>> Download Now

>>>>> Download Full

Sentuhan Blackberry Z10 ~ Inspiring Technology >>>>> Download LINK

>>>>> Download Now

Sentuhan Blackberry Z10 ~ Inspiring Technology >>>>> Download Full

>>>>> Download LINK K0

Post a Comment

 
Design by ThemeShift | Bloggerized by Lasantha - Free Blogger Templates | Best Web Hosting