Wednesday 24 August 2011

Artificial Intelligence

0

 Artificial Intelligence

Okep, entry kali ini just nak masuk part terkeluar sikit dari bab komputer, tapi masih dalam keluarga yang sama, iaitu teknologi!. Anda pernah dengar tentang Artificial Intelligence, atau dalam melayunya kecerdikan buatan?. Mesti anda pernah menonton movie tentang kecerikan buatan ini karya Steven Speilberg. Lihat trailer.


 
Namun, saya bukannya mahu mengulas tentang movie tersebut, tetapi, teknologi yang telah menjangkau kehidupan manusia di abad ini. Defini ringkas yang telah saya dapat tentang Artificial Intelligence ini,

"Artificial Intelligence (AI) adalah bidang sains komputer yang memfokuskan dalam mencipta mesin yang mampu terlibat dalam sifat atau perangai dimana manusia mennganggapnya sebagai kebijaksanaan. Kebolehan untuk mencipta mesin yang bijak ini telah terfikir oleh manusia dahulu kala, dan hari ini, dengan kemajuan komputer dan 50 tahun kajian tentang AI teknik pengaturcaraan(programming), impian untuk mesin yang bijak ini menjadi reality."

Kebolehan AI ini adalah meniru mimik pemikiran manusia, memahami bahasa, malah menyaingi dalam permainan chess. Apabila kita menyebut sahaja tentang komputer, atau sistem didalam komputer, sudah tentu ia melibatkan logik.



Apa yang baiknya dengan AI ini adalah suatu hari nanti, apa yang kita lihat didalam movie, akan menjadi suatu kenyataan. Dan apa yang ditonton dalam movie-movie seperti itu bukanlah satu rekaan semata-mata, tetapi ia adalah 'futuristic thinking'. Bagi kita dizaman ini, ia adalah satu cerita yang menarik.

Sebenarnya, AI ini telah pun digunapakai dalam sistem kita seharian, namun tidak secara menyeluruh, dalam perkilangan yang melibatkan penggunaan robotik, sistem pertahanan, semua melibatkan AI dimana ia mampu membuat keputusan secara logik.

Saya mempunyai pandangan sendiri tentang teknologi ini, andai kata suatu hari nanti, dunia betul-betul akan berubah ke dunia robotik seperti ini, WHAT IF, logik mengambil alih sistem kita akan datang?.

Mungkin akan ada pembaca yang akan fikir saya terikut-ikut dengan movie, tidak apa, saya tidak kisah. Ini hanya pemikiran konseptual saya sahaja. Bill Gates pernah berkata beberapa dekad dahulu bahawa setiap orang akan mempunyai komputer mereka sendiri, dan lihatlah sekarang, tidak cukup dengan komputer, laptop terhasil. Itulah yang dinamakan futuristic thinking. Apa yang kita lihat hari ini, suatu fantasi bagi masa depan. Wallahua'lam.

Saya sediakan beberapa lagi video untuk tontonan:












0 comments:

Post a Comment

 
Design by ThemeShift | Bloggerized by Lasantha - Free Blogger Templates | Best Web Hosting