Friday 26 August 2011

Intenet paling laju didunia dimiliki oleh seorang nenek?.

0

Sigbritt Löthberg

Sigbritt Lothberg adalah ibu kepada Peter Löthberg yang merupakan bapa networking dinegaranya (Sweden), mempunyai talian internet selaju 40 Gigabyte per second !. Talian intenet paling laju didunia bagi golongan penduduk seperti mereka dan even kerajaan Malaysia pun ade ke talian selaju itu?. Ibunya itu sudah pun berumur 75 tahun.....=_="


"As a network owner we're trying to persuade internet operators to invest in faster connections. And Peter Löthberg wanted to show how you can build a low price, high capacity line over long distances," Laporan dari The Local.

Well, apa yang dapat dilakukan dengan talian selaju itu? Sigbritt akan dapat menikmati 1500 channel HDTV, dan jika masih tidak puas hati, download FULL HD DVD hanya dengan 2 saat??!!. Saya pun mahu !.

Rahsia disebalik kelajuan itu adalah teknik modulasi yang membolehkan data dipindahkan terus kepada Routers yang jauhnya jika mencecah 2000 kilometer antara satu sama lain tanpa sebarang gangguan atau 'intermediary transponders.'


Mengikut laporannya lagi, jarak dalam teorinya, tiada batasan selagi gentian fibre tersebut masih ditempatnya (yang ni saya tidak berapa faham)

"saya mahu menunjukkan iaitu terdapat cara lain dari menggunakan kuprum(cable kita sekarang) atau gelombang radio, yang mana banyak kekurangan berbanding fibre." 
kata Peter Löthberg, sekarang berkerja di Cisco.



Dan ayat yang paling.....
"The most difficult part of the whole project was installing Windows on Sigbritt's PC," said Jonsson.
 
p/s* Malaysia dah pasang fibre optik, tapi kenapa masih SLOW?!


Read more

Wednesday 24 August 2011

Artificial Intelligence

0

 Artificial Intelligence

Okep, entry kali ini just nak masuk part terkeluar sikit dari bab komputer, tapi masih dalam keluarga yang sama, iaitu teknologi!. Anda pernah dengar tentang Artificial Intelligence, atau dalam melayunya kecerdikan buatan?. Mesti anda pernah menonton movie tentang kecerikan buatan ini karya Steven Speilberg. Lihat trailer.


 
Namun, saya bukannya mahu mengulas tentang movie tersebut, tetapi, teknologi yang telah menjangkau kehidupan manusia di abad ini. Defini ringkas yang telah saya dapat tentang Artificial Intelligence ini,

"Artificial Intelligence (AI) adalah bidang sains komputer yang memfokuskan dalam mencipta mesin yang mampu terlibat dalam sifat atau perangai dimana manusia mennganggapnya sebagai kebijaksanaan. Kebolehan untuk mencipta mesin yang bijak ini telah terfikir oleh manusia dahulu kala, dan hari ini, dengan kemajuan komputer dan 50 tahun kajian tentang AI teknik pengaturcaraan(programming), impian untuk mesin yang bijak ini menjadi reality."

Kebolehan AI ini adalah meniru mimik pemikiran manusia, memahami bahasa, malah menyaingi dalam permainan chess. Apabila kita menyebut sahaja tentang komputer, atau sistem didalam komputer, sudah tentu ia melibatkan logik.



Apa yang baiknya dengan AI ini adalah suatu hari nanti, apa yang kita lihat didalam movie, akan menjadi suatu kenyataan. Dan apa yang ditonton dalam movie-movie seperti itu bukanlah satu rekaan semata-mata, tetapi ia adalah 'futuristic thinking'. Bagi kita dizaman ini, ia adalah satu cerita yang menarik.

Sebenarnya, AI ini telah pun digunapakai dalam sistem kita seharian, namun tidak secara menyeluruh, dalam perkilangan yang melibatkan penggunaan robotik, sistem pertahanan, semua melibatkan AI dimana ia mampu membuat keputusan secara logik.

Saya mempunyai pandangan sendiri tentang teknologi ini, andai kata suatu hari nanti, dunia betul-betul akan berubah ke dunia robotik seperti ini, WHAT IF, logik mengambil alih sistem kita akan datang?.

Mungkin akan ada pembaca yang akan fikir saya terikut-ikut dengan movie, tidak apa, saya tidak kisah. Ini hanya pemikiran konseptual saya sahaja. Bill Gates pernah berkata beberapa dekad dahulu bahawa setiap orang akan mempunyai komputer mereka sendiri, dan lihatlah sekarang, tidak cukup dengan komputer, laptop terhasil. Itulah yang dinamakan futuristic thinking. Apa yang kita lihat hari ini, suatu fantasi bagi masa depan. Wallahua'lam.

Saya sediakan beberapa lagi video untuk tontonan:












Read more

Saturday 13 August 2011

Projector 3D yg santek!.

0

Tengah-tengah saya survey, i found this, projektor ini mmg santek!..


The 600 Years from the macula on Vimeo.

Read more

Sunday 7 August 2011

Photoshop Malay- Colour selection and Changing Colour.

0

Pada tutorial kali ini, kita akan membuat teknik...........actually, saya pon tidak tahu nk menamakan teknik apa, tetapi diharapkan anda dapat mengikutinya. Klik pada full screen untuk melihat dengan lebih jelas..:)

     

Read more

Friday 5 August 2011

Komputer iMac yang pertama!

0

Apple iMac yang pertama

Pada post kali hanya sebagai info, secara tidak sengaja saya terjumpa video ini dalam youtube, the first Apple iMac, 1998. Cukup advance dizaman itu, ...

                

Read more

Thursday 4 August 2011

3D Slideshow dengan Wondershare Flash!

0

3D Slideshow

Pada tutorial kali ini, jom kita buat 3D slideshow dengan Wondershare Flash Factory. Software ini merupakan software berbayar, tetapi anda boleh mencubanya secara Trial. Memang cantik!


Dapatkan software tersebut disini



Fungsi publish pada software ini membolehkan anda untuk publish pada format swf(flash) dan format html amat bagus kerana format ini biasanya digunakan pada website. Jika anda masih belum biasa menggunakan format seperti itu, anda boleh publish projek pada format Excutable. 

Klik pada full screen di youtube untuk melihat dengan lebih jelas.

Selamat Mencuba!

Read more

Sunday 31 July 2011

Overclocking PC/Laptop Anda!

0

Mungkin ramai yang tidak mengetahui ape itu overclocking. Baiklah, saya akan cuba menerangkan serba sedikit tentang overclocking(OC). 

Overcloking adalah satu proses dimana perkakasan computer pada satu tahap dimana kitaran jam adalah lebih dari satu saat.. Selalunya teknik ini digunakan untuk meningkatkan prestasi pc mereka. sesetengah mereka yang mempunyai pc lama akan overclock pc mereka untuk mencapai tahap dimana ia melebihi kemampuan sebenar prestasi pc itu sendiri.

Selalunya, pengguna pc menggunakan teknik ini untuk gaming, dan membuat proses-proses yang melibatkan penggunaan tahap pc yang tinggi. Tetapi, salah satu dari keburukan utamanya, ia mampu merosakkan pc/laptop anda hanya dalam sekelip mata. Jika anda baru sahaja mengenali OC, anda dinasihatkan, TIDAK SESEKALI MELAKUKANNYA!





Read more

Saturday 30 July 2011

Buat Hiren's Boot USB.

0

Pada tutorial kali ini, saya akan tunjukkan bagaimana untuk buat Hiren's Boot USB. Sebelum itu, kenali fungsi software ini terlebih dahulu. Sebenarnya nama asalnya ialah Hiren's Boot CD, tapi, memandangkan saya akan memuat turun kedalam USB (thumb drive), saya ubah kepada USB. Apa kegunaannya? Software ini cukup membantu jika PC/Laptop anda masalah ketika proses boot dan tidak dapat untuk memasuki Windows, dan software ini bertindak sebagai mini windows untuk 'back up' file-file anda jika terpaksa memformat hard drive anda.

Anda memerlukan:

Thumb Drive sekurang-kurangnya 512mb
Hiren's ISO: http://www.hirensbootcd.org/download/
USB Disk Storage Format: http://www.hiren.info/pages/bootcd-on-usb-disk (step 2)
Grub4dos: http://www.hiren.info/pages/bootcd-on-usb-disk (step 3)



Maaf kerana tutorial ini agak low quality, tetapi apa-apa masalah anda boleh rujuk saya kembali di facebook: Izudin Hasan

Read more

Monday 30 May 2011

7# Photoshop: Buat Blur

0

Pada tutorial kali ini, saya akan tunjukkan bagaimana untuk membuat kesan blur pada gambar
dan memahami konsep pada lens blur di kamera SLR. Gambar asal boleh didapati disini

Read more

Wednesday 25 May 2011

8# Photoshop : Glowing Line

0

Actually, saya tidak tahu nak menamakan editing ni name ape, tapi anda boleh mencubanya, saya meletakkan tag 'Advance' kerana anda perlu menggunakan byk setting selepas ini. Dalam tutrial ini juga, saya akan menunjukkan bagaimana untuk extract gambar dari gambar yang lain,membuat background baru dan membuat glowing line.
Dan Ini hasilnya:


Sumber gambar asal boleh didapati disini
Saya bahagikan tutorial ini kepada 3 bahagian iaitu,buat background, extracting gambar dari gambar asal, dan seterusnya menambah glowing line effect pada gambar.

Bahagian 1:
Sebelum itu, saya akan menunjukkan bagaimana untuk membuat background yang baru
untuk menempatkan gambar yang akan di extractkan selepas ini.

Langkah pertama, pergi kepada File, New(Ctrl+N) dan buat saiz 1024 x 1280 pixel. Selepas itu,
buat layer yang baru. (shift+Ctrl+N)


Setelah telah mendapat layer baru tersebut, pergi ke Gradient Tool dan select.


Dan buatkannya menjadi seperti ini:

Selepas itu, buat satu lagi layer yang baru,(Shift+Ctrl+N) dan pergi kepada Rectengular Marquee Tool dan apllykan seperti berikut.
Seterusnya Fillkan kotak tersebut dengan menggunakan cara yg sama iaitu menggunakan Gradient Tool dan menjadikannya seperti berikut. Dan anda perlu kurangkan opacitynya kepada 40%.

Seterusnya pergi kepada Filter, Noise, Add Noise


Selepas itu, anda perlu ke Blending option:

Dan hasilnya akan menjadi begini

Bahagian 2:
Extract gambar, Setelah anda memuat turun dari sumber gambar tadi, open gambar tersebut, pergi kepada file, Open. dan gunakan Quick selection Tool.

Dan anda akan mendapati terdapat garisan putus pada keliling gamba tersebut seterusnya pilih Refine Edge.
Seterusnya anda boleh Copy keratan tersebut dan pastekan di background yang baru anda buat sebentar tadi. langkah seterusnya, anda perlu buang lebihan pada gambar yg baru sahaja di extract itu menggunakan eraser tool.


Sekarang ikut langkah ini, buat satu lagi layer baru (Shift+Ctrl+N), dan tekan kepada brush
pilih warna kepada warna putih dan kawal opasity kepada 20%, dan gunakan brush itu keatas gambar tersebut sehingga nampak seperti kabus. Seterusnya pilih overlay. lihat gambar.

Klik untuk besarkan

Dan ini hasilnya,

Bahagian 3: menambah Glowing line, pertama, buat layer baru,(shift+Ctrl+N) dan pergi kepada pen tool.
Langkah seterusnya, pergi kepada brush, klik pada gambar dan pilih saiz pada 35pixel(bergatung kepada anda). Selepas itu, pilih semula pada pen tool. Letakkan Cursor anda pada line diatas gambar tersebut dan klik kanan, pilih Stroke Path. Maka dia akan keluar satu pop up baru dan pilih Brush, Simulate Presure. Lihat gambar.

Select ok, dan pada gambar akan keluar satu garis putih, letak cursor skali lg pada line pada gambar tersebut, klik kanan dan delete path. Untuk mengubah warna pada garis putih tersebut, pergi kepada blending option
Warna adalah bergantung kepada anda. Bagi memberi effect yang lebih menarik, padam line pada gambar tersebut bagi menampakkan seolah-olah garisan tersebut mengelilingi individu itu.

Anda boleh meletakkan seberapa banyak glowing line mengikut kreativiti anda. Ini adalah hasilnya

klik untuk besarkan

Ini adalah tutrial step-by-step bagi memudahkan anda, ade beberapa step dari tutorial ini mungkin anda tidak faham dalam menggunakan fungsi-fungsi dalam photoshop. Selepas ini saya akan membuat satu lagi tutorial bagaimana mengunakan sepenuhnya fungsi dalam photoshop ini.

Read more

Wednesday 18 May 2011

Kenali Hyper-Threading Technology

0

Kenali Hyper-Threading Technology dari Intel
Pernah dengar akan perkataan itu?. Ia, itulah teknology terbaru yang dibina oleh Intel Technology bagi melengkapi sistem processornya. Apa bezanya dengan processor-processor sebelum ini contohnya Dual Core ataupun Pentium?. Hyper-Thready Technology adalah teknik dimana ia membenarkan CPU anda berkerja seperti beberapa CPU serentak. Satu CPU dibina menggunakan pelbagai komponen kecil , pada satu-satu masa, komponen ini mungkin 'sibuk' kerana sedang digunakan manakala, komponen lain menanti untuk digunakan. Hyper-Threading membenarkan beberapa tasking digunakan serentak dan ia seolah-olah berkerja seperti banyak CPU.

Walaupun banyak pembaharuan dalam dunia processor, ia masih mempunyai satu limitasi bagi fungsi processor itu sendiri-satu core bagi processor hanya boleh mengeluarkan satu arahan dalam satu-satu masa. Baiklah, sebagai contoh, anda membuka MS Office, Mozilla dan Skype serentak, anda merasakan seolah-olah anda tengah menjalankan multi-tasking. Tetapi dalam terma processor, anda sebenarnya TIDAK. Core bagi processor ini mengeluarkan data yang berkaitan dengan program tersebut, hanya mengeluarkan satu arahan bagi satu-satu masa, tetapi ianya cukup pantas tanpa anda menyedari sebarang 'penangguhan' dalam penghantaran arahan tersebut.

Penangguhan itu masih ada. Ianya berlaku apabila data dari program dihantar ke processor. Setiap aliran data(thread) mestilah dijadualkan dan dikeluarkan oleh processor itu secara sendirinya. Tetapi dengan Hyper-Threading, ia memungkinkan setiap core bagi processor itu menjadual dan mengatur tugas bagi dua aliran data serentak.

Anda sebenarnya boleh memeriksa samada anda mempunyai ciri ini, hanya pergi ke Windows Task Manager (Ctrl+Alt+Del) > Performance
Bagi 2 Core Processor maka anda akan mempunyai 4 graf seperti berikut:

Dan bagi processor yang mempunyai 4 core maka anda akan mempunyai 8 graf:


Bagi processor yang mempunyai 2 core, anda akan menemuinya dalam Processor Intel Core 2 Duo, Dual Core dan Intel Core i-3 dan i-5. Namun yang terbaru dari Intel adalah Intel Core i yang dilengkapi dengan Hyper-Threading Technology. Dan bagi processor yang mempunyai sehingga 4 core adalah Intel Core i-7 atau Xeon 5500. Lebih mudah bagi pemahaman anda, 1 core adalah satu CPU, maka 4 core....?
Kenapa anda mesti memilikinya?

Jika anda membuat tasking yang agak membebankan sebagai contoh main game 3D, proses rendering video, membuat model 3D dan kadang-kadang ia boleh meningkatkan prestasi dan kelajuan pc/laptop anda sehingga 30%. Atau anda mungkin akan mengalami pc/laptop hang!

Read more

Tuesday 17 May 2011

Back up file anda

0

Back up file anda menggunakan cara yang betul
Terdapat banyak cara untuk kehilangan file anda. Kerosakan pada hard disk, virus, itu adalah keadaan dimana file anda akan hilang dari simpanan anda. Jika anda selalu membuat salinan file anda(back up), maka hal ini tidak akan terjadi. Selalunya, banyak file penting yang disimpan dalam pc/laptop anda, antaranya:
* Bank nota dan maklumat kewangan yang lain
* Digital foto
* Perisian original yang dibeli
* Muzik
* Projek, Assignment

* E-mel dan alamat rakan

Anda boleh menyimpan file-file anda dalam lokasi berikut:
* External hard drive
* CD
* DVD
* USB flash drive
*
Online backup

Saya akan menunjukkan cara dalam tiga OS berikut: Windows 7, Vista dan XP.


Windows 7:Back up and Restore

  1. Klik pada Start>Control Panel
  2. Klik pada System and Security> Backup and Restore dan anda boleh mula Set up backup

Windows Vista:Backup and Restore Center
  1. Klik pada Start>Control Panel
  2. Klik pada System and Maintenance> Back up your computer


Windows XP: Back up Utility
  1. Klik Start>All Program
  2. Pergi ke Access> System Tool
  3. Klik Back up
Teknik ini cukup simple, tetapi kehilangan barang anda memang menyakitkan. Cuma luangkan sedikit masa anda untuk menjaga pc/laptop anda dengan sempurna.

Read more

Saturday 14 May 2011

Install Ubuntu Tanpa Proses Booting

0

Guna Ubuntu OS tanpa melaui proses Booting dengan Virtual Machine.
Virtual Machine adalah satu software dimana ia membenarkan PC/Laptop anda mengunakan operating system yang berbeza tanpa melalui proses booting. Saya mengunakan Ubuntu sebagai OS kedua saya. Video adalah sebagai rujukan, saya 'skip' beberapa step dalam setup bagi Virtual Machine sbb ianya agak mengambil masa.


Download Link:
http://www.vmware.com/products/player/

Read more

 
Design by ThemeShift | Bloggerized by Lasantha - Free Blogger Templates | Best Web Hosting