Saturday, 4 August 2012

Kenapa seorang Islam perlu mahir Internet

0



       Dunia internet sudah meledak dan begitu luas digunakan di Malaysia, dan jika diperhatikan, anak-anak kecil pon sudah mahir menggunakan internet mahupun gadget. Internet adalah sumber yang paling pantas untuk menyebarkan maklumat berbanding media TV ataupun majalah. Selain itu, cara pantas untuk menyebarkan fitnah malah memutarbelitkan sesuatu. Ini dapat dilihat tohmahan-tohmahan dari Barat akan Islam, dengan pelbagai tuduhan, pengganas dan sebagainya. Inilah yang perlu kita sedar sebagai seorang Islam, wajib bagi kita untuk membetulkan setiap tuduhan dan propaganda tersebut. Namun, ianya tidak akan berhasil jika kita hanya mampu melihat tanpa berbuat apa-apa.
      Laman sosial, bermula dari zaman Friendster, Myspace dan sekarang Facebook, Twitter mahupun Blogger atau Wordpress, semuanya bermula dari titik tolak ingin berkongsi maklumat, semuanya boleh dilakukan sekelip mata. 'Share', andaikan ianya adalah sumber yang bermanfaat dan berinfo, sudah cukup bagi menambah sedikit ilmu untuk 'friend list' yang lain rata-ratanya adalah pengguna sepenuh masa internet. 



       Apa yang berlaku diseluruh dunia mampu disebarkan serta merta, masih ingat tragedi 'Arab Spring' dan salah satunya adalah revolusi yang berlaku di Mesir, bermula dari 25 Jan 2011. Ianya bermula dari penyebaran maklumat di Facebook dan Twitter dari para rakyatnya mencetuskan satu revolusi baru sehingga jatuhnya pemimpin Hosni Mubarak ditangan rakyatnya sendiri. Itulah realiti dunia sekarang, semuanya bermula di internet.
Sedar atau tidak, internet telah mencetuskan dua jenis sumber media, media senior dan media junior. Akhbar, majalah dan siaran TV sebagai media senior, tapi pada pendapat saya media senior ini hanya memfokuskan pada isu-isu yang boleh mendatangkan untung pada setiap hari pengedarannya berbeza dengan media junior iaitu internet sendiri dimana, maklumat yang disebarkan hanya bermotifkan ingin berkongsi. 
      Tidak semestinya sumber itu diambil dari surat khabar online semata-mata, malah dari para blogger yang mengerah idea untuk diketengahkan bagi bacaan awam, bayangkan jika pengulasannya itu bercorak ilmu agama, dan boleh diakses melalui internet tanpa perlu mengeluarkan sesen pon untuk membeli majalah atau akhbar sebagai contoh web Zaharuddin.net, nurkilan seorang cendikiawan Islam yang tidak asing di Malaysia.



      Dunia Facebook yang telah tercetus di Malaysia sejak dari 2004 lagi telah dikenali mula digunakan sebaiknya pagi para pendakwah, slot 'pages' yang wujud contohnya Agak², bile kita boleh Nikah~? , Qur'an on FB.  


     kedua-duanya diwujudkan untuk berdakwah dan semuanya bermotifkan ingin menyebarkan maklumat kepada semua pembacanya. Dan kewujudan pages seorang pendakwah terkenal iaitu Ustaz Azhar Idrus, memudahkan untuk sesiapa sahaja meluahkan pertanyaan. 
Sedikit sebanyak apa yang cuba saya sampaikan disini, adalah penting bagi setiap individu yang beragama Islam bagi melibatkan diri dalam dunia maya dan memanfaatkannya sebaik mungkin.

admin IH.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by ThemeShift | Bloggerized by Lasantha - Free Blogger Templates | Best Web Hosting