Shutter Speed
Shutter speed adalah jangka masa shutter terbuka. Semakin lama shutter terbuka, semakin banyak cahaya masuk dan sebaliknya.
Dikira dalam unit saat bermula dari BULB (shutter terbuka selagi menekan shutter) 30 saat hingga 1/8000 saat.
Untuk mengelakkan gambar blur, gunakan shutter tidak kurang dari 1/60. Kalau korang guna di bawah 1/60, cth 1/50, gunakan tripod.
=========================================================================
Animasi konsep Shutter
Aperture
Aperture merupakan bukaan iris pada lens.
Dikira dalam unit F, bermula pada F1.4 – F32 – bergantung pada lens, ada lens mempunyai aperture bermula dari F1.4 dan ada yang bermula dari F3.5. Semakin besar nilai aperture (cth: F22), semakin kecil bukaan lens dan semakin sedikit cahaya yang masuk dan sebaliknya, semakin kecil nilai aperture, semakin besar bukaan dan semakin banyak cahaya masuk.
ISO
ISO pulak kesensitifan sensor terhadap cahaya. Kalau dulu orang pakai filem dan setiap filem tu ada gred atau nombor seperti 100, 200, dan 400 bergantung kepada tempat yang kita nak shot. Kalau korang nak shot kat tempat yang cerah, biasanya filem 100 atau 200 dan sebaliknya, kalau korang nak shot dalam keadaan yang kurang cahaya seperti waktu malam, korang kena pakai filem 400 dan keatas.
Pada zaman sekarang, filem dah digantikan dengan sensor. So sensor tu kita boleh adjust ISO nya, tak macam dulu, korang kena beli filem yang berasingan. Semakin tinggi ISO, semakin sensitif sensor/filem terhadap cahaya, so korang boleh ambik gambar di tempat yang gelap tanpa menggelapkan gambar tersebut dan begitulah sebaliknya. Tapi kena ingat, semakin tinggi ISO, ‘noise’ juga akan semakin kelihatan.
0 comments:
Post a Comment