Kenali Hyper-Threading Technology dari Intel
Pernah dengar akan perkataan itu?. Ia, itulah teknology terbaru yang dibina oleh Intel Technology bagi melengkapi sistem processornya. Apa bezanya dengan processor-processor sebelum ini contohnya Dual Core ataupun Pentium?. Hyper-Thready Technology adalah teknik dimana ia membenarkan CPU anda berkerja seperti beberapa CPU serentak. Satu CPU dibina menggunakan pelbagai komponen kecil , pada satu-satu masa, komponen ini mungkin 'sibuk' kerana sedang digunakan manakala, komponen lain menanti untuk digunakan. Hyper-Threading membenarkan beberapa tasking digunakan serentak dan ia seolah-olah berkerja seperti banyak CPU.
Walaupun banyak pembaharuan dalam dunia processor, ia masih mempunyai satu limitasi bagi fungsi processor itu sendiri-satu core bagi processor hanya boleh mengeluarkan satu arahan dalam satu-satu masa. Baiklah, sebagai contoh, anda membuka MS Office, Mozilla dan Skype serentak, anda merasakan seolah-olah anda tengah menjalankan multi-tasking. Tetapi dalam terma processor, anda sebenarnya TIDAK. Core bagi processor ini mengeluarkan data yang berkaitan dengan program tersebut, hanya mengeluarkan satu arahan bagi satu-satu masa, tetapi ianya cukup pantas tanpa anda menyedari sebarang 'penangguhan' dalam penghantaran arahan tersebut.
Penangguhan itu masih ada. Ianya berlaku apabila data dari program dihantar ke processor. Setiap aliran data(thread) mestilah dijadualkan dan dikeluarkan oleh processor itu secara sendirinya. Tetapi dengan Hyper-Threading, ia memungkinkan setiap core bagi processor itu menjadual dan mengatur tugas bagi dua aliran data serentak.
Anda sebenarnya boleh memeriksa samada anda mempunyai ciri ini, hanya pergi ke Windows Task Manager (Ctrl+Alt+Del) > Performance
Bagi 2 Core Processor maka anda akan mempunyai 4 graf seperti berikut:
Dan bagi processor yang mempunyai 4 core maka anda akan mempunyai 8 graf:
Bagi processor yang mempunyai 2 core, anda akan menemuinya dalam Processor Intel Core 2 Duo, Dual Core dan Intel Core i-3 dan i-5. Namun yang terbaru dari Intel adalah Intel Core i yang dilengkapi dengan Hyper-Threading Technology. Dan bagi processor yang mempunyai sehingga 4 core adalah Intel Core i-7 atau Xeon 5500. Lebih mudah bagi pemahaman anda, 1 core adalah satu CPU, maka 4 core....?
Kenapa anda mesti memilikinya?
Jika anda membuat tasking yang agak membebankan sebagai contoh main game 3D, proses rendering video, membuat model 3D dan kadang-kadang ia boleh meningkatkan prestasi dan kelajuan pc/laptop anda sehingga 30%. Atau anda mungkin akan mengalami pc/laptop hang!
0 comments:
Post a Comment