Wednesday, 25 May 2011

8# Photoshop : Glowing Line

0

Actually, saya tidak tahu nak menamakan editing ni name ape, tapi anda boleh mencubanya, saya meletakkan tag 'Advance' kerana anda perlu menggunakan byk setting selepas ini. Dalam tutrial ini juga, saya akan menunjukkan bagaimana untuk extract gambar dari gambar yang lain,membuat background baru dan membuat glowing line.
Dan Ini hasilnya:


Sumber gambar asal boleh didapati disini
Saya bahagikan tutorial ini kepada 3 bahagian iaitu,buat background, extracting gambar dari gambar asal, dan seterusnya menambah glowing line effect pada gambar.

Bahagian 1:
Sebelum itu, saya akan menunjukkan bagaimana untuk membuat background yang baru
untuk menempatkan gambar yang akan di extractkan selepas ini.

Langkah pertama, pergi kepada File, New(Ctrl+N) dan buat saiz 1024 x 1280 pixel. Selepas itu,
buat layer yang baru. (shift+Ctrl+N)


Setelah telah mendapat layer baru tersebut, pergi ke Gradient Tool dan select.


Dan buatkannya menjadi seperti ini:

Selepas itu, buat satu lagi layer yang baru,(Shift+Ctrl+N) dan pergi kepada Rectengular Marquee Tool dan apllykan seperti berikut.
Seterusnya Fillkan kotak tersebut dengan menggunakan cara yg sama iaitu menggunakan Gradient Tool dan menjadikannya seperti berikut. Dan anda perlu kurangkan opacitynya kepada 40%.

Seterusnya pergi kepada Filter, Noise, Add Noise


Selepas itu, anda perlu ke Blending option:

Dan hasilnya akan menjadi begini

Bahagian 2:
Extract gambar, Setelah anda memuat turun dari sumber gambar tadi, open gambar tersebut, pergi kepada file, Open. dan gunakan Quick selection Tool.

Dan anda akan mendapati terdapat garisan putus pada keliling gamba tersebut seterusnya pilih Refine Edge.
Seterusnya anda boleh Copy keratan tersebut dan pastekan di background yang baru anda buat sebentar tadi. langkah seterusnya, anda perlu buang lebihan pada gambar yg baru sahaja di extract itu menggunakan eraser tool.


Sekarang ikut langkah ini, buat satu lagi layer baru (Shift+Ctrl+N), dan tekan kepada brush
pilih warna kepada warna putih dan kawal opasity kepada 20%, dan gunakan brush itu keatas gambar tersebut sehingga nampak seperti kabus. Seterusnya pilih overlay. lihat gambar.

Klik untuk besarkan

Dan ini hasilnya,

Bahagian 3: menambah Glowing line, pertama, buat layer baru,(shift+Ctrl+N) dan pergi kepada pen tool.
Langkah seterusnya, pergi kepada brush, klik pada gambar dan pilih saiz pada 35pixel(bergatung kepada anda). Selepas itu, pilih semula pada pen tool. Letakkan Cursor anda pada line diatas gambar tersebut dan klik kanan, pilih Stroke Path. Maka dia akan keluar satu pop up baru dan pilih Brush, Simulate Presure. Lihat gambar.

Select ok, dan pada gambar akan keluar satu garis putih, letak cursor skali lg pada line pada gambar tersebut, klik kanan dan delete path. Untuk mengubah warna pada garis putih tersebut, pergi kepada blending option
Warna adalah bergantung kepada anda. Bagi memberi effect yang lebih menarik, padam line pada gambar tersebut bagi menampakkan seolah-olah garisan tersebut mengelilingi individu itu.

Anda boleh meletakkan seberapa banyak glowing line mengikut kreativiti anda. Ini adalah hasilnya

klik untuk besarkan

Ini adalah tutrial step-by-step bagi memudahkan anda, ade beberapa step dari tutorial ini mungkin anda tidak faham dalam menggunakan fungsi-fungsi dalam photoshop. Selepas ini saya akan membuat satu lagi tutorial bagaimana mengunakan sepenuhnya fungsi dalam photoshop ini.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by ThemeShift | Bloggerized by Lasantha - Free Blogger Templates | Best Web Hosting