Monday, 30 May 2011

7# Photoshop: Buat Blur

0

Pada tutorial kali ini, saya akan tunjukkan bagaimana untuk membuat kesan blur pada gambar
dan memahami konsep pada lens blur di kamera SLR. Gambar asal boleh didapati disini

Read more

Wednesday, 25 May 2011

8# Photoshop : Glowing Line

0

Actually, saya tidak tahu nak menamakan editing ni name ape, tapi anda boleh mencubanya, saya meletakkan tag 'Advance' kerana anda perlu menggunakan byk setting selepas ini. Dalam tutrial ini juga, saya akan menunjukkan bagaimana untuk extract gambar dari gambar yang lain,membuat background baru dan membuat glowing line.
Dan Ini hasilnya:


Sumber gambar asal boleh didapati disini
Saya bahagikan tutorial ini kepada 3 bahagian iaitu,buat background, extracting gambar dari gambar asal, dan seterusnya menambah glowing line effect pada gambar.

Bahagian 1:
Sebelum itu, saya akan menunjukkan bagaimana untuk membuat background yang baru
untuk menempatkan gambar yang akan di extractkan selepas ini.

Langkah pertama, pergi kepada File, New(Ctrl+N) dan buat saiz 1024 x 1280 pixel. Selepas itu,
buat layer yang baru. (shift+Ctrl+N)


Setelah telah mendapat layer baru tersebut, pergi ke Gradient Tool dan select.


Dan buatkannya menjadi seperti ini:

Selepas itu, buat satu lagi layer yang baru,(Shift+Ctrl+N) dan pergi kepada Rectengular Marquee Tool dan apllykan seperti berikut.
Seterusnya Fillkan kotak tersebut dengan menggunakan cara yg sama iaitu menggunakan Gradient Tool dan menjadikannya seperti berikut. Dan anda perlu kurangkan opacitynya kepada 40%.

Seterusnya pergi kepada Filter, Noise, Add Noise


Selepas itu, anda perlu ke Blending option:

Dan hasilnya akan menjadi begini

Bahagian 2:
Extract gambar, Setelah anda memuat turun dari sumber gambar tadi, open gambar tersebut, pergi kepada file, Open. dan gunakan Quick selection Tool.

Dan anda akan mendapati terdapat garisan putus pada keliling gamba tersebut seterusnya pilih Refine Edge.
Seterusnya anda boleh Copy keratan tersebut dan pastekan di background yang baru anda buat sebentar tadi. langkah seterusnya, anda perlu buang lebihan pada gambar yg baru sahaja di extract itu menggunakan eraser tool.


Sekarang ikut langkah ini, buat satu lagi layer baru (Shift+Ctrl+N), dan tekan kepada brush
pilih warna kepada warna putih dan kawal opasity kepada 20%, dan gunakan brush itu keatas gambar tersebut sehingga nampak seperti kabus. Seterusnya pilih overlay. lihat gambar.

Klik untuk besarkan

Dan ini hasilnya,

Bahagian 3: menambah Glowing line, pertama, buat layer baru,(shift+Ctrl+N) dan pergi kepada pen tool.
Langkah seterusnya, pergi kepada brush, klik pada gambar dan pilih saiz pada 35pixel(bergatung kepada anda). Selepas itu, pilih semula pada pen tool. Letakkan Cursor anda pada line diatas gambar tersebut dan klik kanan, pilih Stroke Path. Maka dia akan keluar satu pop up baru dan pilih Brush, Simulate Presure. Lihat gambar.

Select ok, dan pada gambar akan keluar satu garis putih, letak cursor skali lg pada line pada gambar tersebut, klik kanan dan delete path. Untuk mengubah warna pada garis putih tersebut, pergi kepada blending option
Warna adalah bergantung kepada anda. Bagi memberi effect yang lebih menarik, padam line pada gambar tersebut bagi menampakkan seolah-olah garisan tersebut mengelilingi individu itu.

Anda boleh meletakkan seberapa banyak glowing line mengikut kreativiti anda. Ini adalah hasilnya

klik untuk besarkan

Ini adalah tutrial step-by-step bagi memudahkan anda, ade beberapa step dari tutorial ini mungkin anda tidak faham dalam menggunakan fungsi-fungsi dalam photoshop. Selepas ini saya akan membuat satu lagi tutorial bagaimana mengunakan sepenuhnya fungsi dalam photoshop ini.

Read more

Wednesday, 18 May 2011

Kenali Hyper-Threading Technology

0

Kenali Hyper-Threading Technology dari Intel
Pernah dengar akan perkataan itu?. Ia, itulah teknology terbaru yang dibina oleh Intel Technology bagi melengkapi sistem processornya. Apa bezanya dengan processor-processor sebelum ini contohnya Dual Core ataupun Pentium?. Hyper-Thready Technology adalah teknik dimana ia membenarkan CPU anda berkerja seperti beberapa CPU serentak. Satu CPU dibina menggunakan pelbagai komponen kecil , pada satu-satu masa, komponen ini mungkin 'sibuk' kerana sedang digunakan manakala, komponen lain menanti untuk digunakan. Hyper-Threading membenarkan beberapa tasking digunakan serentak dan ia seolah-olah berkerja seperti banyak CPU.

Walaupun banyak pembaharuan dalam dunia processor, ia masih mempunyai satu limitasi bagi fungsi processor itu sendiri-satu core bagi processor hanya boleh mengeluarkan satu arahan dalam satu-satu masa. Baiklah, sebagai contoh, anda membuka MS Office, Mozilla dan Skype serentak, anda merasakan seolah-olah anda tengah menjalankan multi-tasking. Tetapi dalam terma processor, anda sebenarnya TIDAK. Core bagi processor ini mengeluarkan data yang berkaitan dengan program tersebut, hanya mengeluarkan satu arahan bagi satu-satu masa, tetapi ianya cukup pantas tanpa anda menyedari sebarang 'penangguhan' dalam penghantaran arahan tersebut.

Penangguhan itu masih ada. Ianya berlaku apabila data dari program dihantar ke processor. Setiap aliran data(thread) mestilah dijadualkan dan dikeluarkan oleh processor itu secara sendirinya. Tetapi dengan Hyper-Threading, ia memungkinkan setiap core bagi processor itu menjadual dan mengatur tugas bagi dua aliran data serentak.

Anda sebenarnya boleh memeriksa samada anda mempunyai ciri ini, hanya pergi ke Windows Task Manager (Ctrl+Alt+Del) > Performance
Bagi 2 Core Processor maka anda akan mempunyai 4 graf seperti berikut:

Dan bagi processor yang mempunyai 4 core maka anda akan mempunyai 8 graf:


Bagi processor yang mempunyai 2 core, anda akan menemuinya dalam Processor Intel Core 2 Duo, Dual Core dan Intel Core i-3 dan i-5. Namun yang terbaru dari Intel adalah Intel Core i yang dilengkapi dengan Hyper-Threading Technology. Dan bagi processor yang mempunyai sehingga 4 core adalah Intel Core i-7 atau Xeon 5500. Lebih mudah bagi pemahaman anda, 1 core adalah satu CPU, maka 4 core....?
Kenapa anda mesti memilikinya?

Jika anda membuat tasking yang agak membebankan sebagai contoh main game 3D, proses rendering video, membuat model 3D dan kadang-kadang ia boleh meningkatkan prestasi dan kelajuan pc/laptop anda sehingga 30%. Atau anda mungkin akan mengalami pc/laptop hang!

Read more

Tuesday, 17 May 2011

Back up file anda

0

Back up file anda menggunakan cara yang betul
Terdapat banyak cara untuk kehilangan file anda. Kerosakan pada hard disk, virus, itu adalah keadaan dimana file anda akan hilang dari simpanan anda. Jika anda selalu membuat salinan file anda(back up), maka hal ini tidak akan terjadi. Selalunya, banyak file penting yang disimpan dalam pc/laptop anda, antaranya:
* Bank nota dan maklumat kewangan yang lain
* Digital foto
* Perisian original yang dibeli
* Muzik
* Projek, Assignment

* E-mel dan alamat rakan

Anda boleh menyimpan file-file anda dalam lokasi berikut:
* External hard drive
* CD
* DVD
* USB flash drive
*
Online backup

Saya akan menunjukkan cara dalam tiga OS berikut: Windows 7, Vista dan XP.


Windows 7:Back up and Restore

  1. Klik pada Start>Control Panel
  2. Klik pada System and Security> Backup and Restore dan anda boleh mula Set up backup

Windows Vista:Backup and Restore Center
  1. Klik pada Start>Control Panel
  2. Klik pada System and Maintenance> Back up your computer


Windows XP: Back up Utility
  1. Klik Start>All Program
  2. Pergi ke Access> System Tool
  3. Klik Back up
Teknik ini cukup simple, tetapi kehilangan barang anda memang menyakitkan. Cuma luangkan sedikit masa anda untuk menjaga pc/laptop anda dengan sempurna.

Read more

Saturday, 14 May 2011

Install Ubuntu Tanpa Proses Booting

0

Guna Ubuntu OS tanpa melaui proses Booting dengan Virtual Machine.
Virtual Machine adalah satu software dimana ia membenarkan PC/Laptop anda mengunakan operating system yang berbeza tanpa melalui proses booting. Saya mengunakan Ubuntu sebagai OS kedua saya. Video adalah sebagai rujukan, saya 'skip' beberapa step dalam setup bagi Virtual Machine sbb ianya agak mengambil masa.


Download Link:
http://www.vmware.com/products/player/

Read more

 
Design by ThemeShift | Bloggerized by Lasantha - Free Blogger Templates | Best Web Hosting